Majlis Olimpik Malaysia, MOM kecewa dengan sikap Pegawai Sukan Kebangsaan yang melatah awal walaupun status penyertaan atlet negara ke Sukan Sea Vietnam belum diputuskan.<br />Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tegaskan, jawatankuasa pemilihan akan bersidang hari ini untuk memutuskan perkara itu.<br />Beliau menarik perhatian bahawa beberapa persatuan sejak tahun lalu sudah sahut cabaran hantar atlet berusia bawah 23 tahun ke Vietnam.
